Jumlah Paparan Halaman


23 Jun 2009

Seminggu di Hospital...

Tipula aku kata kalau aku tak risau tentang keselamatan baby aku bila dengan terpaksa terima ubat penahan sakit setiap kali aku sakit, antibiotik lagi...cucuk sana cucuk sini, tapi aku percaya ALLAH itu MAHA KAYA, aku sentiasa berdoa DIA melindungi keselamatan anakku.
Masa hari pertama aku di wad, dlm bilik yang sepatutnya ada 4 pesakit tu cuma ada aku n sorg lagi patient. Aku agak simpati padanya kerana kerap kali dia mengerang kesakitan, badannya kurus sekali...di dlm hati terdetik rasa bersyukur kerana walaupun aku sakit tapi aku masih mampu untuk bergerak menguruskan diri, tetapi patient yang sorg ni, untuk berjalan ke toilet yg jaraknye hanya bebrapa langkah pun dia tak mampu, ubat penahan sakit yang diterima juga tak mampu untuk membuat dia bertahan, kerap dia memanggil nurse utk mendapatkan ubat penahan sakit, asyik muntah2...sampai satu tahap dia minta nurse mematikan air cond kerana sejuk katanya. Tak lama selepas air cond dimatikan, dia sekali lagi memanggil nurse, kali ini dia minta utk diambilkan minuman sejuk dengan ais... aku yang agak kepanasan kerana sewaktu aku sudah mula demam tak dpt bertahan di bilik tersebut dan minta untuk ditukarkan katil ke bilik lain.
Bukan tak kasihan makcik tu, (sekali pandang dia nampak agak berumur) tapi aku sendiri tak dpt bertahan duduk sebilik dengan patient tu.
Khamis - 21hb Mei 2009, hari ni setelah dpt rawatan selama 3 mlm di hosp putrajaya, aku telah di refer ke HUKM untuk rawatan selanjutnya...selagi aku rasa sgt sedih n bercelaru memikirkan permata hatiku yang sedang membesar di dalam rahimku ini...alamak dah kul 1.00, lapar...nak makanla...nanti kite sambung ek.

Tiada ulasan: