Jumlah Paparan Halaman


02 Julai 2009

sambung citer....

pas 2-3 hari kat hospital Putrajaya, diaorg referla aku ke HUKM, sebab sebelum ni memang batu karang aku follow up kat situ. kat HUKM dok kata diaorg kena buat sesuatu sebab buah pinggang aku dah bengkak, kalau tak buat, aku kenala tanggung sakit sampai bersalin sebab kalau nak laser memang tak dapek la kan... apa yang diaorg akan buat ialah, diaorg akan buat stanting ( satu tiub akan di pasang pada salur air kecil sampaila ke buah pinggang) operation ni memerlukan bius n perlu guna sinar x ray. apa yang sgt tak bestnye ialah, dok kata benda tu sume akan ada effect kat baby tapi diaorg kata baby aku dah 4 bulan (masa tula) jadi strong enough utk lalui sume. Berguguran air mata aku, ayat yg takleh aku lupa bile Doktor tu kata, nama dok tu Hans (non-muslim) "ada org tak kisah buah pinggang dia rosak asalkan anak dia selamat". Aku jadi keliru sgt,ini bermakna kalau aku setuju aku cam ibu yang tak berguna takleh nak berkorban demi anaknya. Demi ALLAH. kalau aku mampu aku pun sanggup tanggung segala kesakitan janji baby aku selamat, tapi bile dia lahir dia pun perlukan, lagipun selain dia, aku ada suami n hani yang juga amat penting dalam hidup aku. aku minta doktor utk beri masa supaya aku dpt pertimbangkan dengan sehabis baiknya... Berita tu aku khabarkan pada suami n parents tersayang, suamiku minta aku bersetuju begitu juga ayah ku...yang penting aku harus banyak memanjatkan doa pada Yang Kuasa dan percaya Dia Maha Berkuasa di atas segala2nya, Dia Maha Pelindung. InsyaALLAH Baby yang suci bersih itu akan dilindungi Yang Esa. Setelah di scan oleh dok O&G Hukm dan beliau juga mengatakan its ok kalau aku juz proceed dgn prosedur stanting tu, aku pun bagi kata putus pada doktor. Pendek kata sebenarnya semua adalah terserah pada Kuasa ALLAH. ALhamdulillah aku dah pun selamat jalani operation utk pasang stanting tu sementara aku bersalin, doktor kata ada serpihan batu yang blok saluran kencing aku, thats why sakit tu tak hilang2, air kencing bertakung pada buah pinggang yang menyebabkan buah pinggang aku bengkak, kalau dibiarkan buah pinggang aku leh rosak. nauzubillah...banyak lagi tanggungjawab aku sebagai hambaNYA, isteri dan ibu..mudah2an DIA akan terus memberi kesihatan yang baik untuk hambaNYA yang lemah lagi hina ini. Hari Isnin aku dapat keluar dari HUKM, tapi yg tak bestnya Permata hatiku si hani pulak demamnya tak baik2...syian sgt.....

1 ulasan:

cerita ibu berkata...

farah aku syg ko..tk cr slu ek..aku doa smua bjln lancar..aku tggu bb kluar...