Jumlah Paparan Halaman


18 Ogos 2009

today is our 3rd annivesary...!!

kami kahwin berempat tau!
nampak lang sing la pulak...hahahaha perasaan!
pic pas nikah...peach u...
senyuman kebahagiaan
suamiku yang tercinta
Tarikh Hari ni adalah tarikh yang sangat bermakna dalam hidupku kerana secara rasminya pada tarikh ini 18 ogos 2006, En. Ashari Bastian Andi Baso telah menjadi milik ku yang hakiki... alhamdulillah aku bahagia kerana memiliki dirinya..biasalah dlm rumahtangga kadang2 mesti ada punyela tergigit lidah (ooopss jgn fikir yang kuning2 ok) tapi tu semua adalah warna warni hidup berumahtangga yang membuatkan diri ini semakin sayang kepada dirinya.. walaupun aku dan suamiku tidak banyak persamaan namun itulah yang membuatkan kami semakin dekat dalam usaha untuk saling memahami dan melengkapi. Kehadiran Nur Farhani Batrisyia lebih menyemarakkan lagi cinta kami, dan sekarang aku sedang menunggu kelahiran buah cinta kami yang ke dua. Tentang sambutan, biasa2 jek..dalam kotak fikiran ni ingat nnt nak beli kek n keluar dinner jek malam karang..apa yang penting, doa dan harapanku semoga ikatan cinta, kasih dan sayang kami ini sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T dan terpatri kukuh untuk antara satu sama lain sehingga ke alam syurga. Mudah2an ALLAH juga akan mengurniakan kami zuriat-zuriat yang soleh dan solehah...doakan kami ek! alamak..ingat nak up load pic nikah dulu tapi tak bawakla usb connector..insyaALLAH lain kali la ek...da...!!

1 ulasan:

dzi berkata...

congratz geng... May Allah bless all of u. amin...